Mahadi Misman, 31 tahun, 1980-5 Dis 2011.
Abang...terima kasih beri aku menumpang teduh sewaktu mula menjejakkan kaki di JB
Abang...kita beramai-ramai adik-beradik sepupu sepapat sebumbung hidup bersama.
Abang...kita masak, makan ramai-ramai. Waktu itu aku baru mula belajar masak dan kau puji ikan siakap stim aku taraf restoran.
Abang...kau tetap tenang walau apa jua yang mendatang, walau berat mana dugaan kau sekeluarga.
Abang...selama ini kaulah pelindung adik-adik perempuan mu walau tidak seibu. 2 minggu selepas perginya adik istimewamu, kau pun pergi jua mengiringi dia.
Abang..pergimu amat dirasai, oleh kami keluargamu, rakan-rakanmu, sahabat handaimu.
Abang...damailah..tenanglah..engkau di sana.
Ya Allah Ya Tuhanku, tempatkanlah Abg Adi di kalangan orang-orang yang Enkau redhai. Kau ringankanlah siksaan kubur dan akhirat-Mu buat dia..jua buat kami yang bakal menyusul nanti.
Penunggang maut rempuh lori
Tarikh : December 6, 2011
NUSAJAYA – Seorang lelaki maut apabila motosikal yang ditunggangi merempuh belakang lori dalam kejadian di jalan menuju ke Kota Iskandar, pagi semalam.
Akibat rempuhan pada lori yang diletakkan di lorong kecemasan itu, mangsa, Mahadi Seman, 31, meninggal dunia di tempat kejadian.
Ketua Polis Daerah Nusajaya, Superintendan Noor Hashim Mohamad mengesahkan kejadian itu, dan pihaknya dimaklumkan lori tersebut rosak, namun siasatan terperinci akan dijalankan.
“Pemandu lori yang berusia 49 tahun itu telah dikesan, dan siasatan akan dijalankan di bawah Akta Pengangkutan Jalan Seksyen 41(1), Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya kepada Sinar Harian, di sini, semalam.
Sementara itu, rakan mangsa, Zambri Harun, 32, berkata, dia sempat menelefon mangsa yang dikenali hampir 10 tahun lalu itu sebanyak tiga kali, namun tidak dijawab.
Setengah jam kemudian katanya, dia menerima panggilan daripada telefon bimbit mangsa yang membawa perkhabaran bahawa rakannya itu terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori.
“Saya ada telefon mangsa beberapa kali kerana seperti biasa, setiap pagi kami akan bersarapan bersama. Namun beliau tidak menjawab panggilan, tapi ketika itu saya mengandaikan beliau sedang menunggang motosikal.
“Namun pada 8.57 pagi, saya terima panggilan dari polis menerusi telefon bimbit mangsa yang mengatakan beliau terbabit dalam kemalangan,” katanya yang ditemui di lokasi kejadian.
Another Story Of Mine...



2 Love n Hug:
Takziahhh Mush.. moga rohnya ditempatkan dikalangan orang yang beriman yee....
Takziah buat isteri tercinta. Haslida Hassan yg saya kenali semasa kami bekerja bersama. Ida kak nor harap ida tabah menghadapi segala dugaan dari Allah Subhana.Al-fatihah buat arwah.
Post a Comment