LilySlim Weight loss tickers

LilySlim Weight loss tickers

My Target And How to Count Normal/Ideal Weight

Normal W = Height in cm - 100
Ideal W = Normal W - 10% of Normal W.

My Target :

NW = 153 - 100 = 53 kg
IW = 53 - 5.3 = 47.70 kg.

Ahhhhh pitam

Monday, December 12, 2011


Pepagi gi cari kotak nak packing and pos barang ke Kuching.

Sampai2, kotak lom ada, kena datang petang semula.

Patah balik KOMTAR.

Pusing KOMTAR cari kedai nak jual baju terpakai aku.

Tak dok, diorang beli baju lelaki jer.

Amat susah nak jumpa orang yang beli baju terpakai wanita.

Baju aku banyak giler dowhhh...

Dah alang-alang keluar, bergegas ke BANK plak amik surat pelepasan kenderaan untuk pos Bibah ke Kuching nanti.

Mana boleh tinggal babe...tu jer lah sahabat sejati aku.

Dari Bank singgah beli makanan plak kat C4 1st Avenue tu.

Pastu dah lalu kat kedai-kedai komputer tu singgahlah tanya nak buat maintenance Notebook plak.

Dah jumpa tempat ok, lari naik opis amik Notebook then turun balik hantar ke kedai.

Gitu-gini amik resit..patah balik gi opis.

Eh eh, baik tengok Nbook yang nak beli baru ni sekali. Nbook lama ni akan bertukar tuan. Singgah kejap tgok2 Nbook plak.

Gitu-gini, petang karang datang balik lepas dah tetapkan hati untuk membeli.

Ok ok, balik opis daaaaaa...

Ting, kul 2 dah...mari sambung kerja.

"Owh owh, Cik Maria dah ada, boleh lulus itu, boleh tandatangan ini"

Ok ok, cepat-cepat..."Mana nak lulus ni?"

Ehhhhh, surat pelepasan and geran Bibah lom email lagi.

Kena scan dululah wehh, yang ni hardcopy.

Alaaaa, email ni slowlah plak..ok-ok, tunggu jap. Sambil update blog.

Eh, itu lom buat lagi, maklumbalas mesyuarat lom lagi.

Esok nak gi lawatan setengah hari plak. Petang kena buat paper nak gi court plak.

Rabu ada setengah hari jer. Rabu petang nak balik KL.

Khamis ada meeting di KL sehari suntuk.

Bila boleh sain SBPA ni? Boleh aaa Khamis tu, lepas sain boleh aku shoot terus balik Penang. Kalau kena tunggu Jumaat, Jumaat tu baru aku boleh balik Penang.

Barang kat rumah lom siap kemas lagi dowhhhhh...

Kemas? weh weh...petang ni gi amik kotak weiii..Jangan lupa!!!!

Arghhhh...pitam....


Another Story Of Mine...

0 Love n Hug:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...