Wednesday, June 15, 2011

Kahwin Paksa

Arrghhhh...help me please!!!


Antara perkara yang paling ditakuti oleh perempuan adalah kena kahwin paksa. Dipaksa kahwin. Macam mana nak ngadap muka dia hari2? Macam mana nak layan dia zahir batin? Arrrghhhh....tak moh tak moh tak moh!!!!


Weiiii...emo apsal aku ni? Ok ok..aku tak kena kahwin paksa. Luckly Encik Bapak dan Puan Emak tak macam tu. Cuma makcik-makcik aku jer yang ada tunjukkan ciri-ciri tu sikit. But, aku masih boleh lari kan...Aku pernah pikir aku akan nekad lari dari majlis kalau aku kena kahwin paksa. Perghhh...mcm dalam drama laaaa..huhuuhuhu


Istilah kahwin paksa ni selalu aku guna bila aku betul2 rasa paksa diri untuk buat sesuatu. Terutamanya kalau aku terpaksa paksa diri keluar date dengan seseorang yang tak bolehhhhh nak masuk dalam hati aku walau sedikit. Keluar dating-dating, gi makan-makan...sebab nak cuba gak berkawan dan tengok leh gi ke tak?


Tapi nak buat camne kalau mata ni tak larat pon nak pandang muka dia? Mulut ni rasa macam ada berlian melompat keluar kalau aku bercakap. Urat-urat kat muka ni mungkin akan putus kalau aku senyum kot. Udahnya...sesi dating-dating and shopping-shopping tu bertahan sejam lebih sikitttt je. Dengan patah kata yang aku rasa tak habis kira dengan jari2 tangan aku pun.


So, sorry...i can't make it. Memang tak leh lah. Tak leh nak paksa diri nak jadi happy2, ramah mesra ke apa. Nak borak2 biasa pon tak leh. Memang rasa macam kena KAHWIN PAKSA!!!...


Sorry ek...aku tak dapat nak join bbq party kau malam ni. Aku tak leh pura-pura ok dan suka. Aku hanya reti pura-pura tak suka sedangkan aku suka. Hahahha..apadaaa aku ckp ni?


Anyway...Selamat Hari Ulangtahun buat kau, kenalan baru. Semoga bertemu insan yang dapat terima kamu seadanya dan tidak bisu dan hanya termenung bila kamu keluar bersama. Huhuhuh...Maafkan aku yer...rasanya tak dapat aku nak paksa diri jumpa kamu lagi. Lebih baik begini.. Sayonara!!!...


p/s : Kali kedua dalam hidup rasa macam kena kahwin paksa.


p/s lagi : Badak!!!! Kamu punya pasallah ni suruh cari orang lain. Kan dah jadi mcm ni. Ha, jangan gelak2 aaaa, tembak karang baru tau!!!



Another Story Of Mine...

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...